POTENSI DIRI..
Bangunkan sikap positif anda untuk membina kejayaan. Membangunkan sikap positif bermaksud mengubah sikap kearah yang positif. Untuk mengubah sikap kita terlebih dahulu perlu mengenali dan memahami faktor-faktor kepada perubahan sikap. Inilah perkara yang perlu diubah terlebih dahulu.
Faktor kepada perubahan sikap ialah perasaan, kepercayaan, pemikiran, imaginasi, janji diri dan kelebihan serta kelemahan diri iaitu potensi diri.
Untuk mengubah sikap kita perlu mengubah perasaan.Sebelum mengubah perasaan kita perlu mengubah kepercayaan.Sebelum mengubah kepercayaan kita perlu mengubah pemikiran. Sebelum mengubah pemikiran kita perlu mengubah imaginasi. Sebelum mengubah imaginasi kita perlu mengubah janji diri. Sebelum mengubah janji diri kita perlu mengenali potensi diri.
Mengenali potensi (kelebihan dan kekurangan) diri menjadi asas kepada usaha merubahperkara-perkara yang lain.Buku ini membincangkan tentang potensi kelebihan diri yang kita miliki tanpa menafikan kelemahan yang ada. Tumpuan kepada sebahagian potensi kelebihan, bagaimana mengenali, membebaskan, menggunakan dan memperkembangkannya untuk membina kejayaan dan kecemerlangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan