Jumaat, 31 Julai 2009

RENTETAN PERISTIWA PENULARAN H1N1 DI UPSI DAN PERINTAH KUARANTIN..

MALAM SEBELUM KEJADIAN
28/7/2009
10.45 pm..


Kelihatan pengetua KAB, En.Zulkifli Mamat bersama beberapa orang Fellow berada di hadapan pintu pagar utama. Masing-masing sibuk memakai topeng muka..ketika itu pergerakan keluar masuk agak terganggu disebabkan pengetua sedang membuat pemantauan..

11.30 pm..

Time ni duk lepak lg kt koridor..skrg ni nmpk sebuah kreta PERDANA milik TNC HEP (Prof Shah) masuk ke dlm kwsn kolej..dilihat Prof Shah, EN.Zul (Pengetua KAB), En.Che Anuar (Pengetua KZ), En Mohd Noor dan beberapa staf pentadbiran sibuk membincangkan sesuatu yang agak serius. Mereka seakan-akan mengadakan satu meeting tergempar di kwsn parking utama dengan hanya bantuan cahaya lampu jalan.

11.45 pm..

Kelihatan Prof Shah sedang on call dengan seseorang yg tidak diketahui..manakala beberapa org pengetua sedang berbincang..tidak lama kemudian, sebuah Ambulans telah masuk ke kwsn kolej kediaman. Kelihatan juga Staf dr pusat kesihatan..tak dapat dipastikan sama ada Dr. Safina (Doktor Pusat kesihatan UPSI) kerana keadaan yang samar-samar..kemudian terdengar Prof Shah menyatakan “CONFIRM” semasa dalam perbualan telefon. Kemudian Prof Shah menyambung kmbali perbincangan yang tergendala sebelum ini.

HARI PERTAMA
29/7/2009
12.10am


Pengetua KAB telah membuat satu pengumuman di mana semua pelajar yang berada di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) iaitu KAB & KZ akan dikuarantinkan dan berkuatkuasa bermula pada saat itu sehingga di beritahu. Segala pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan sama sekali selepas seramai 4 orang pelajar KSAS disahkan positif H1N1. Akibat daripada pengumuman tergempar tersebut, keadaan kolej kediaman agak gempar dan masing-masing berada dalam keadaan cemas dan ketakutan. (mcm nk perang plak..).


1.30 am.

Kesemua JMK KAB diarahkan untuk membuat pemantauan dari rumah ke rumah..sesiapa yang demam akan dibawa untuk pemeriksaan lanjut kerana terdapat sebuah ambulans yg stand by..

8.00 am..

Keadaan di kawasan KSAS senyap sunyi. Tiada pergerakan yang aktif daripada penghuninya. Ini kerana semua kelas telah ditangguhkan. Pergerakan bas kitaran juga dihentikan.

9.30 am..

Satu pengumuman telah dibuat iaitu sesiapa yang demam atau mengalami symptom-simptom H1N1 boleh mendapatkan pemeriksaan lanjut di Dewan KZ dan juga di Foyer KAB. Selain itu, terdapat pengumuman bahawa makanan akan disediakan secara percuma kepada semua pelajar yang dikuarantinkan di KSAS. Lanjutan daripada itu, pihak pengurusan KAB telah membuat satu Gotong-royong memasak secara beramai-ramai yang diketuai oleh PEngetua KAB sendiri.

10.30 am.

Pergi ke pejabat pentadbiran KOlej utk menemani seorang rakan berurusan dgn pihak kolej.Abg wan telah memberikan MASk percuma kepada kami walaupun MASK tersebut utk kegunaan staf. Nasib baik laa…Mane nak cr MASK kt kolej time kena kuarantin ni.

10.45 am

Kelihatan JMK dan penghuni-penghuni KAb turut sama dalam gotog-royong tersebut.walaupun menu ala kadar (nasi putih, telur goreng, sambal dan sayur goreng) cukup memadai..dalam keadaan darurat mcm ni x blh la nk demand. Tp nasib baik smua penghuni faham dan tiada rungutan dari penghuni kolej. Walaupun dalam keadaan terdesak dan darurat, kerjasama antara penghuni kolej masih lagi mantap walaupun terpaksa memasak dan menyediakan bahan-bahan dalam keadaan bertopeng. Selain itu, wang peruntukan kolej juga dapat dijimatkan jika dibandingkan dengan pihak kolej lain yang terpaksa menempah makanan dari pihak luar yang memakan belanja yg besar. Syukur Alhamdulillah kerana KAB mempunyai kemudahan utk memasak. Itu pun hasil daripada Pusat Islam.

1pm

semua penghuni kolej dibenarkan untuk mengambil makanan di foyer JMK. Selepas itu, keadaan di Kwsn foyer JMK menjadi gamat dengan kehadiran penghuni-penghuni kolej yg dtg membawa bekas makanan masing-masing. Dh mcm pelarian plak..semua urusetia diarahkan utk memakai MASk..smua penghuni mendapat makanan..terdengar juga beberapa suara-suara yg menyatakan bilakah UPSI akan ditutup..

3pm..

Satu pengumuman telah dibuat di mana satu perjumpaan bersama pengetua akan dijalankan pada pukul 3.30 pm di foyer JMK. Kebanyakkan penghuni mengadaikan bahawa UPSI juga akan ditutup mengikut jejak IPTA lain.

3.45 pm

Semua penghuni berkumpul di foyer jmk dan keadaan menjadi sesak..manakala pelajar-pelajar yg demam diasingkan utk mengelakkan virus itu merebak. Satu pengumuman telah dibuat oleh pengetua KOlej, iaitu UPSI akan ditutup bermula dari hari tersebut sehinggA 9 OGOS 2009. Kesemua penghuni bersorak gembira kerana dibenarkan pulang. Ini menandakan cuti Mid Term akan dianjakkan pada tarikh tersebut (Berita sedih). Kesemua pelajar yg ingin pulang dikehendaki utk mengisi 3 borang dan perlu ditandatangani oleh pengetua/pengurus asrama/fellow. Manakala pelajar yang demam tidak dibenarkan pulang kecuali jika ibu bapa yang datang menjemput.

4.30 pm..

Kelihatan kawasan KSAS menjadi kelam kabut di mana boleh dikatakan hampir ¼ daripada penghuni kolej mula beredar dari KSAS. Perkhidmatan Bas juga diaktikan semula untuk membawa pelajar-pelajar ke pecan tg malim dan juga ke KTM.

6.15pm..

Keadaan di KTM sesak dengan pelajar UPSi yang mengambil tiket utk pulang ke kampung masing-masing. Manakala perkhidmatan Komuter juga sesak dipenuhi dengan pelajar UPSi.

8.00 pm

Bas catar ke Kelantan dan Terengganu juga diawalkan dan kesemua pelajar telah pulang ke kampung halaman masing-masing.keadaan di kolej juga agak lengang.

HARI KEDUA
30/7/2009
10.00 am


Mlm td pihak pentadbiran UPSI telah menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar-pelajar yg ingin pulang ke pantai timur, selatan dan utara tanah air. Kaunter pendaftran dibuka di dewan KZ dan KHAR.

2.30 pm

Pelajar-pelajar di bawa pulang ke kampung halaman masing-masing dengan perkhidmatan bas UPSi. Bagi pelajar-pelajar Borneo mereka juga turut disediakan perkhidmatan bas ke LCCT dan KLIA. Namun tak ramai yg pulang kerana tiket mahal dan mencecah hampir RM700. Jadi, pelajar-pelajar Borneo yg tidak pulang ke kampung mereka juga dikuarantinkan.

11.30 pm..

Kelihatan sebuah ambulans masuk ke kolej. Adakah seorang lagi pelajar terlibat??mudah-mudahan tidak berlaku..ranger KAB juga kelihatan keluar masuk.

HARI KETIGA
31/7/2009
11.00 AM


Berita terkini iaitu seorang pelajar UKLK telah dibawa ke hospital mlm td…Pelajar tersebut mengalami muntah darah dan dibawa ke hospital berdekatan. Kesemua JMK dan RE yang tidak dibenarkan pulang bagi membantu pelajar-pelajar yg dikuarantinkn juga dibenarkan pulang…


*akan diupdatekan dari masa ke semasa. utk berita2 berkenaan dengan H1N1 di upsi boleh layari di http://upsikini.blogspot.com atau di http://upsi-insider.blogspot.com



P/S~UCAPAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENTADBIRAN UPSI, KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN, MAJLIS DAN JMK YG BYK MEMBERI BANTUAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YG DIKUARANTINKAN..SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA.MUNGKIN ALLAH MEMBERIKAN UJIAN INI SEBAGAI SATU KESEDARAN DI MANA JANJI ALLAH ITU PASTI.BAGI SESIAPA YG INGKAR NESCAYA ALLAH AKAN MEMBERIKAN BALASAN TIDAK ADA YG TERLEPAS..KITA BERDOALAH MOGA-MOGA RAKAN-RAKAN KITA YG MENDERITA ITU SELAMAT DAN CEPAT SEMBUH…

0 ulasan:

Catat Ulasan