Tahun baru sudah beberapa minggu melabuhkan layarnya. Ini bermakna bermulalah lembaran dan azam yang perlu saya tunaikan. Bagi saya tahun ini adalah tahun yang paling getir dalam hidup saya. Ini kerana dari awal sehingga ke hari ini bermacam-macam ujian yang perlu saya hadapi. Ya Allah..tabahkanlah hatiku. Aku bermunajat kepadamu semoga semua insan-insan yang aku sayangi berada di bawah lindungan rahmat-Mu. Aku terlalu menyanyagi insan-insan ini dan aku rela untuk menjadi gantinya. Tahun ini juga merupakan tahun yang perlu aku mula membilang jari kerana hanya tinggal lagi dua semester sahaja lagi sebelum aku keluar dari UPSI. Sedih sungguh rasa hati kerana disinilah aku pelajari banyak perkara. Tidak kiralah yang baik atau yang buruk tetapi yang penting hati yang memilih landasan yang sebenar. Semester ini semester yang paling menduga hati dan pemikiranku kerana aku perlu memikul tanggungjawab sebagai hamba pada yang SATU, anak harapan keluarga, pemimpin dan juga sahabat kepada rakan-rakan seperjuangan. Harapan hanya satu..Untuk membahagiakan insan-insan yang aku sayangi..
1 ulasan:
salam..
sekadar ziarah
Catat Ulasan