Selasa, 16 Jun 2009



Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup. Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu mempersia2kannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL


Isnin, 8 Jun 2009

senyum..

Aku ingin selalu senyum untuk orang-orang yang ada di sekelilingku,
aku ingin selalu melihat orang-orang di sekelilingku juga senyum.
Senyum itu kebahagiaan
dan mudah-mudahan aku sentiasa benar-benar 'senyum' untuk dunia ini.
Aku sentiasa menanti
dan ingin menjamah senyuman dari bibirmu setiap kali bertemu.
Lalu senyum itu melekat di hatiku
dan sentiasa mengingatkan bahawa kita sama-sama saling ada untuk satu sama lain.
Senyummu meruntuh seluruh tembok resah yang memenjara
,dan... menyembuh luka-luka.
Senyumlah

Isnin, 1 Jun 2009

bosannyer...

xtau nk wat mende nie..skang aku tgh ajar hubby aku wat blog plak..hahahahaha

Isnin, 25 Mei 2009

~TERLANJUR CINTA~
Waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema
mengertikah engkau
perasaanku tak terhapuskan
malam menangis
tetes embun membasahi mata hatiku
mencoba bertahan di atas puing-puing

Cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan
aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
karna sekali cinta, aku tetap cinta
mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan

Selasa, 19 Mei 2009

no title..!!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa. Salam Sejahtera buat calon suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”


Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon Suamiku yang dirahmati,


" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya.


Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah. Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?!
Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara.


Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im.


Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini. Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.


Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::. ~tulang rusuk kirimu~ pertemuan... menghadiahkan kita kasih sayang... jika cinta satu pasti bertemu... ia tidak ternilai... kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi... kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita... jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi... biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

Sabtu, 2 Mei 2009

i'm missing..


Erm..mcm mane aku nk crite psl benda nie ek..byk bnda yg aku missed “hilang” bkn “rindu” taw..dia nie blh la dikatakan sbg kawan yg rapat dgn aku..dia la abg (sbb dia lahir awl lg dr aku), dia la kawan n dia la musuh..erm..sejak dua menjak nie hubungan antara aku, dia n malah org3 yg signidfikan dgn aku pon jd renggang..puas aku tanye rakan2 yg lain..aku tanye kt fath, kat neeza n kat zeti jwpn ttp sama..aku pon tertanya2 knp dia berubah sampai mcm tuh skali..

Kdg2 aku terpikir juga nk tunjuk ego aku, tp aku rasa hal ni xkn blh settle slagi aku biarkan ia berterusan tp sebarang penyelesaian..kdg2 aku terpikir adakah gurauan aku pd dia menyakitkan hati dia or ada something yg mmg aku x sedar dh wat dia mrh..atau ada org lain yg cuba merosakkan hubungan persahabatan kami..adoi la..tolong la..pening pale nk piker psl kwn aku sorg nie..x sdp la wei kalau hbgn yg dlu yg rapt tetibe jd renggang mcm nie..erm..ntah laa..

Knp..knp..knp..aku harap satu hari nanti aku dpt jawapan itu..tp aku xtau bila masa itu akan tiba..aku x mau kehilangan sahabat lg. cukup la pengalaman yg lalu yg amat memeritkan utk insane bergelar sahabat..Cuma skrg aku mungkin lbh tabah utk kehilangan sorg lg sahabat..Cuma utk “dia” aku doakan dia smg segala keinginan, matlamat dan cita2nya akan tercapai..aku doakan kebahagian dunia dan akhirat utk dia..hanya ALLAH yg mampu utk membalas segala pertolongan dan juga jasa dia pada aku..

Kpd sesiapa yg baca entry nie..satu jer pesanan..utk mencari sahabat bukannya mudah..perlu kenal hati budi, dpt trime baik buruk malah mampu utk menjadi teman saat gembira dan sedih..jd utk mencari sahabat sejati itu bukan dengan cara/jln yg mudah..perlu cr dgn keiklasan bukan dgn cara seperti “parasit” yg mampu utk merosakkan sesuatu yg lain..

he's my man, my love n my superhero..


Kasih, kenangankuIngatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimuMerasakan semua itu
Ke mana pun langkahku pergi

Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari

Hati ini masih kau miliki
Lelaki ini yang selalu mencintamu

Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja

Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku

Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu

Hanya dirimu…
Karena cintaku, tak berbatas waktu

Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu


* semalam abah menyambut hari jubli peraknya iaitu hari lahir ke-50..aku mendoakan agar abah sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH..dilimpahkan segala rezeki..dipanjangkan umur sehingga dapat melihat kajayaan puteri dan putera2 nya dan dapat menunaikan haji dengan isteri tersayang..aku terlalu menyayanginya dan tiada siapa yang mampu untuk menggantikan tmptnya dlm hatiku..he’s my man, my love, my idol, my superhero, my protector n my lovely dad...